Monday, September 17, 2012

kerja oh kerja

kepenatan sedikit...orang bercuti tp misz bekerja. . apa nak buat dah nSib badan. . nak buat cam mana. . tanggungjawab kerja. . terhadap negara dan tanah air tercinta. . fuhh. . pening dok mengira nombor2. . rasa cam x terkira. . tp buat kerja dengan aman sikit sbb x telalu ramai org di pejabat. . sunyi. . biasa riuh rendah je. . tp misz suka suasana yg riuh tp kdg2 perlukan suasana yg tenang untuk menyiapkan tugasan. . malam ni misz masuk pulak duty jaga org. . dr jam 12-8 pagi dekat usj8. .nasib badan lah. .

Sunday, September 16, 2012

akhirnya setelah 4 hari

akhirnya setelah 4 hari misz cube menghabiskan cerita ni. . fuhhh. . lega bila dah tahu ending dia cm mana . . walaupun misz jarang layan citer kore sbb dah lama misz tinggalkan sejak habis spm dulu. . sekarang dia mai balikkk. angin nak layan citer korea. . citer ni memang best. . misz suke citer ni. . housemate misz yg kaki layan korea. . nak sekarang misz pun dah terjebak balik . . lAyan punya layan. . tertarik da bom. . . walaupon citer ni dah lama. . tahun 2010. . kalau x salah lah. . tp memang menarik. . misz nak ceritakan sinopsisnya pon . . takut panjang pulak. . .

snow world(sejukkan hati)

kebosanan mula melanda. . nak layan citer kore malas. . so layan lah citer SAM (aku amat mencintaimu). . then. . adalah lart p snow world i city shah alam. . terus misz kuar dr bilik n ketuk pintu bilik housemate misz dan ajak jijah p sana. . jalan punyalah jem sikit. . tp sbb nak jugak p sana jd misz lteruskan jugak. . (excited la katakan. . )padahal dah slalu p. . akirnya. . yeAaa. . setelah beratur besesak kat sana.b. kami pun masuk. . hehehe. . mula mula dlm snow world x ramai org. rasa cam x nak kuar coz misz memang suka sejuk. .

Saturday, May 12, 2012

apabila mata karbon bertemu pemadamnya

 

 

Sebuah kisah yang seringkali didengari sekiranya kita melihat...
 Dalam kotak pensil sy ada macam2 alat2 penulisan.. pada suatu malam pensil dan pemadam tertinggal di atas meja kayu kerna si penulis tertdo ketika membuat kerja2nya.. lalu membiarkan pensil dan pemadam di atas meja. Tibe2... pensil berbicara dengan pemadam.. 
Pensil: Awak.. Saya... saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah. Jangan la sedih... mungkin tuan kita letih sangat.. esok mesti dia letakkan kita bersama yang lain.. 

Pensil: Bukan... saya nak minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya.

...Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya.

Pemadam: hahah... Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan tuan  akan menggantikan saya dengan yang baru. Dan awak akan dapat yang baru

Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.

  ****** simulasi pensil dan pemadam nampak seperti cerita kanak2... mungkin cerita hanya cerita... mungkin jua ia cerita seorang kawan... mungkin juga ia cerita tentang cinta.... apa pun kisah sebenarnya di balik similasi ini adalah... hakikat yang telah ditakdirkan kepada kita... ia ketentuan ilahi... namun............. kalian jua aki masing2 diberikan waktu yang cukup untuk menghargai masa ataupun kejadian baik juga insan2 yang hadir dalam hidup kita.... menhargai lebih mudah dari melukai.. end.

ingatlah wahai kaum adam

setiap kemanisan ada tersimpan hempedu... buat kau si adam... kalau ada yang membaca... jangan kau sia2kan setiap insan2 kecil yang menyayangi kau... dan seorang wanita yang sentiasa disisimu.. kelak sekali kau berpaling... mereka mungkin telah melangkah jauh... di saat itu mungkin kau baru sedar.. seketul permata yang kau gengam telah menjadi debu2 pasir yang akan hilang apabila kau buka telapak tanganmu...

Dairi hati Seorang Perempuan

 


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

PS: (Titipan buat seorang lelaki y xmungkin membaca atau mengetahuinya. Bukan senang nak menyayangi seseorang, lebih payah untuk menghargainya. Mungkin bila ia telah hilang, baru ia akan dihargai. Hakikat dari sebuah kisah yang tak pasti awal dan akhirnya.....................

"Maafkan saya melarikan diri dari awak sementara waktu ni, bukan niat saya nak jauhkan diri dari awak. Tapi saya ade masalah sekarang. Awak jangan risau, saya akan cari awak nanti. Doakan saya selamat dan sihat. Saya tetap ingatkan awak, saya xpernah lupa." ....................

"Awak nak tahu satu perkara, awak sangat2 kejam! Awak hilangkan diri, senyap macam ni. Awak buat saya macam xde perasaan. Saya ini orang asing ke pada awak? Siapa saya sebenarnya pada awak? Saya betul2 sedih, kecewa dengan cara awak. Mungkin saya membebankan awak. Awak xperlu risau pasal diri saya. Saya boleh jaga diri sendiri. Tak pe, Awak nak hilangkan dirikan, saya izinkan,,, saya tak akan halang. Cuma satu je saya nak pesan, Di satu masa awak kembali, mungkin saya xakan berada di situ lagi. 

Friday, October 14, 2011

BOLEHKAH AKU BERTANYA.............

Dahulu desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista itu masih bersama ku.. Bukan hasrat ku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agas puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu..

Aku pilih untuk berkata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa ku.. Yang jelas atlasnya itu puisi hati, kata hati ku yang duka pilu mengenang nostalgia yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya..

Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku jujur.. Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku



Kamu.. boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?

Kamu.. boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..

Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

Kamu.. boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu bidadari hati ku..

Kamu.. boleh aku bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu...